PERNAH JADI HAMBA ANAK?

Dulu saya pun pun hampir jadi hamba anak tapi..
Dulu pantang je dengar Maryam Soolihah menangis saya jadi sangat gementar, risau dan rasa bersalah. Mungkin kerana naluri kebapaan, saya jadi overprotective!
Maryam menangis sikit, saya akan salahkan Umminya!
Maryam menangis sikit saya akan buat apa je supaya dia lega dan berhenti menangis!
Tanpa saya sedari, saya jadi patuh je dengan segala kemahuan Maryam Soolihah asalkan dia berhenti menangis.
Kononnya itu tugas seorang ayah.



Rupanya seorang anak ni bila masuk je umur 6 bulan, dia akan masuk ke satu fasa yang mana mereka mampu memanipulasi emosi mak ayahnya sendiri. Masa tu dia dah mula sedar yang dengan tangisan syahdunya, dia mampu memiliki apa je yang dia mahu!
Mujur saya sempat sedar tindakan saya tu amatlah salah. Saya kena siapkan mental anak saya untuk mengalami "rejection tolerance". Sekali sekala kita kena ajar anak kita, tak semua yang kamu nak kamu akan dapatkan anakku.
Ini lah realiti dunia wahai anakku..
Tak selamanya Ummi dan Abi mampu disisimu..
p/s : Ni la kenapa saya buka kelas percuma ilmu keibubapaan/parenting di Telegram saya supaya kita boleh jadi ibubapa yang lebih berkualiti untuk anak-anak yang dicintai. Klik je sini t.me/NotaTaufiqRazif

0 comments