BELAJAR POSITIFKAN EMOSI YANG TAK OK

Tips Untuk Ibu Ayah #8
( Positifkan Emosi Tak OK Kepada OK)

Sebagai #IbuAyahKini dalam situasi semasa Covid-19 ini,
Banyak perkara bermain di fikiran.
Sampai boleh jadi pemikiran melampau, terlalu jauh, kabur/tak pasti yang tentunya tidak banyak membantu.
Ingat, anak-anak menyerap emosi ibubapanya sepantas milisaat?



Saya kongsikan 6 Langkah Macam Mana Nak Switch Emosi Negatif kepada Positif Menggunakan Pernafasan :

1. Pejam mata lakukan pernafasan dalam dulu. Dalam sampai ke perut, bukan ke dada, ok.
2. Kemudian rasakan apa yang hati anda rasai. Bukan fikir, tapi rasa. Namakan ia. Pilih 1 yang paling kuat dirasai.
3. TERIMA EMOSI TAK OK ini. Akui dengan menyatakan 'Ya, aku rasa sedih / bimbang / takut / marah'.
4. Tarik nafas lagi, niatkan untuk LEPASKAN EMOSI TAK OK semasa HEMBUS NAFAS keluar melalui hidung.
5. Tarik nafas lagi dan niatkan TENANG semasa tarik nafas.
In - TENANG
Out - EMOSI TAK OK (spesifik contoh sedih/ bimbang/ takut / marah)
6. Usaha cari, dan sebutkan, 3 KEBAIKAN YANG ANDA NAK SYUKURI, yang anda ada, masih nikmati, saat ini, hari ini.

Senyum 😊

Penulisan kasih sayang daripada:
Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Sharing With Love
_FounderByMayra_

1 comments