[ Pengalaman bersalin di Hospital UIA ]

 [Pengalaman bersalin di UIA] 



Tersangat ohsemmm 🤩 Alhamdulillah, dapat jugak rezeki bersalin dekat UIA. Terima kasih jugak dekat Mustaqim izinkan bersalin dekat situ. Redha suami jangan lupa 😁 umicah sempat sekali je check up sebab booking lambat. Tahu2 baby nak keluar dah. Semasa check up pun dekat situ misi doc semua cakap smooth je. Semua berjalan dgn lancar. Terasa macam sistematik sangat.

2/2

Turun tanda keluar darah masa nak solat Subuh. Tp sebelum tuh dah tak sedap tidur dalam pukul 4pagi mcm tuh. Ku tengok je Mustaqim tidur sedap jee pakej ngingau dia tuh 😂 Lepas dah siap subuh kejut lah Mustaqim ckp ada tanda dah. Huishhh kemain kawan tuh kalut siap singgah beli roti canai lagi. Kahkah

Sampai UIA, doc check bukaan baru satu 1cm. Doc suruh balik if ada construction kerap sgt, pecah air ketuban datang balik. Nak dekat asar mcm tuh rasa mcm pecah air ketuban tp sikit jelah. Lepas maghrib kerap sgt construction dtg selang 5minit. Terus pecut ke UIA

Doc check bukaan baru 2cm dan kene duk wad. Sesampai dekat katil umicah berasa mcm nak meneran tak tahan sgt dah. Kebetulan doc datang check lg bukaan dah 5cm terus tolak lb. Padahal td baru je doc check 2cm 😅

Dekat lb suami boleh masuk tp kene bt test covid dulu. Ku tunggu Mustaqim masa tuh mcm 5jam dia buat test 😆 cakap dekat bby sabar ye tunggu ayah ada sekali. Hehe

Dalam 3 minit Mustaqim dah masuk ku gengam tangan dia sekuat hati sambil meneran. Alhamdulillah, selamat semuanya. Dapat merasa koyak sendiri. Sebab sebelum ni dekat HTAA kene gunting. Ngilu rasa 😖

Dapat merasa baby duduk dgn kita lama dia bg sambil dia duk jahit tuh. Huhu. Tak berasa pun jahit nye. Tahu2 dah siap. Mustaqim pun siap azan dekat baby dlm lb. Sampai ku tanya bila nak keluar nye dari lb ni 😂 kaki dah terketar kesejukan. Al maklumlah dah pagi buta time tuh dgn aircond nye. Hahah

Sepanjang dekat situ, rasa mcm dikelilingi org baik2 je. Dari doc misi pt semua ckp lembut je. Sejuk hati bersalin dekat sini. Tu yg keluar wad muka rasa berseri je 🙈

Oh lagi satu nak tambah makanan dia semua sedap dan bertutup. Tak terdedah dgn udara. Ishh, rasa nak beranak lg. Wakakakaka 🤣

P/S : Sharing ikhlas dari ibu yang ada pengalaman bersalin dihospital UIA. Moga bermanfaat dan bantu ibu2 supaya buat keputusan yang tepat memilih tempat bersalin. Yang penting DOA hari hari minta Allah mudahkan urusan ibu ibu yaa ;)

Your Choice You Happiness <2

#sumberpagedraisyah
#infokesihatan
#infoanakanak
#sumbersihat
#sayanginakaanak
#tasneemkuantan
#tasneemnaturel
#balmsemulajadi



0 comments