AGEN TASNEEM NATURAL KUANTAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 


Haii saya mira, Agent Sah Tasneem Naturel. Pekerjaan sepenuh masa saya adalah seorang jururawat di sebuah Hospital Kuantan. Saya berada dalam keluarga Tasneem Naturel sejak tahun 2018. Kepakaran saya adalah membantu anak-anak yang baru lahir sehingga berumur 5 tahun yang mengalami masalah demam, batuk, selsema, kembung perut, sembelit, cirit-birit, sukar tidur, asyik meragam dan tantrum. Hanya dengan sapu dan usap-usap sahaja anak kembali senyum dan ceria kembali.

 

Mira adalah seorang Leader yang akan membantu sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan online dan offline. Sekali kita menuai, sampai masa saya akan ajar cara mengutip hasil yang banyak dalam waktu yang singkat.

 

Mira mula diperkenalkan dengan Balm CfRub. Sewaktu anak berumur 5 bulan, pernah dimasukkan ke hospital sebab batuk dan selsema yang berpanjangan. Waktu ini mira tidak kenal lagi apa itu balm Tasneem. Disebabkan mira trauma dan sedih melihat anak 5 hari didalam wad, setiap pagi dan petang kena sedut kahak, kena ambil darah, dimasukkan drip disebabkan anak tidak mahu menyusu. Sebelum ni macam-macam balm, minyak dah pernah cuba, mungkin tidak serasi dengan anak mira. Alhamdulillah sejak menggunakan Balm cfrub ini secara konsisten, anak mira dah jarang sangat kena batuk dan selsema.

 



Sampailah satu masamira terbuka hati untuk menjadi Agent Tasneem. Hampir 2-3 bulan sekali mira pasti akan order balm Tasneem ini. Sampai satu hari mira berfikir, ada baiknya mira kongsi kebaikan dan manfaat balm ini dengan ibu-ibu diluar sana yang mempunyai masalah yang sama seperti mira. Dalam perniagaan ini,mira hanya lakukan secara separuh masa sahaja. Sampailah saya mengambil keputusan untuk berniaga secara atas talian dan membina Legasi sendiri iaitu ByMayra.

Apa yang menarik tentang Balm Tasneem ialah ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Bahan semulajadi yang terkandung dalam balm ini sangat membantu sebab mira tidak perlu risau kerana balm ini tidak mengandungi steroid yang boleh menipiskan kulit. Paling penting balm ini sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana ia wangi, tidak panas, tidak melekit dan bebas daripada bahan kimia. Kelebihan balm Tasneem Naturel yang utama ialah ia dihasilkan dari bahan semulajadi. Jadi ia selamat digunakan sejak bayi. Rumusan minyak dari pati tumbuhan (Essential oil) dilarutkan bersama lilin lebah (beeswax) yang mempunyai manfaat tersendiri.

Mira boleh jamin dengan adanya kit balm Tasneem ini dirumah, ibu bapa tidak perlu risau lagi. Kesihatan anak-anak akan lebih baik, ibu dan ayah tidak perlu berjaga malam, nak hantar ke rumah pengasuh pun dah tak risau. Ibu dan ayah juga perlu rehat yang cukup untuk fokus di tempat kerja. Mira sangat sarankan ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang sihat cepat-cepat dapatkan balm Tasneem ini ye, bagi membantu merawat simptom-simptom supaya kesihatan anak terjamin dan tidak berlarutan.

Anda yang memerlukan perkhidmatan, atau balm Tasneem ini boleh terus hubungi mira ye. Mira akan berkongsi tips-tips dan cara penjagaan secara percuma seperti mira beri nasihat kepada ibu bapa yang sering datang ke hospital membawa anak yang tidak sihat. Mira yakin ramai lagi ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mira sangat yakin selain dapat berkongsi manfaat dan kebaikan balm ini,kita sama-sama dapt menjana income sehingga 5 angka sebulan.

Sekiranya berminat untuk menjadi sebahagian daripada Team ByMayra boleh terus hubungi mira, tekan sahaja Link dibawah bagi memudahkan urusan kita bersama. Jom join keluarga ByMayra sambil menjana pendapatan kita berkongsi manfaat dan kebaikan ini dengan ramai orang.

 


http://www.wasap.my/601121955641/BlogTasneem

 

FounderByMayra

Leader Tasneem Naturel


2 comments