اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puasa 6 syawal!!! Sudah memanggil2..dah2
la beraya nye..jom..kita puasa 6 dulu lepas tu nak sambung raya boleh go on =)
(kalau yang ada puasa ganti tu, boleh la nak ganti dulu hihii) ehh..jap2..mesti
ramai yang tertanya-tanya dan bersependapat yang puasa ganti tu boleh
digabungkan dengan puasa sunat 6 syawal kan..lama dah sebenarnye dengar orang
ramai berbahas tentang hal nie..ok la..secara ringkasnya, bila kita fikir2
semula secara logiknye kan, boleh tak kita niatkan sekali niat solat sunat
dengan niat solat yang wajib, contoh nye niat solat sunat hajat kita gabungkan dengan niat solat fardu zohor..cuba try gabungkan niat tu hmmm *take time and think about it* kita sebenarnya tak
boleh gabungkan puasa ganti dan puasa sunat..sebab puasa ganti tu wajib, and
puasa 6 syawal adalah puasa sunat..
Ok la..jom
kita abaikan dulu beraya..sekejap jee tak lama, jangan kita terlalu taksub
mengejar kesenangan didunia, kerana Allah telah menjanjikan sesuatu yang pasti
buat mereka yang mengejar akhirat =) puasa 6 kita boleh buat direct tapi kalau
tak mampu selang-seli pun boleh, islam itu memudahkan. Tapi kalau dilakukan
secara berturutan lebih afdhal ^_^ Nabi
saw. bersabda, "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari
dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR
Muslim)
Memang
tak dapat nak dinafikan lagi la, selagi tak habis sebulan ‘beraya’ pastinya
selalu menerima jemputan rumah terbuka kan2..:P Apa salahnya, kita korbankan sekejap je
pun,Allah nak bagi ganjaran (hadiah) tak kan kita nak tolak kan..untuk
kesenangan kita juga nanti (diakhirat) jangan disebabkan puasa sunat 6 kita
menolak jemputan..berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi
jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma ,beliau tetap memenuhi jemputan
walaupun beliau sedang berpuasa. Orang
yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa,
maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan
kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa
fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram
baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan
sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan
Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
[Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Bila kita fikir2 semula, apa2 yang kita lakukan semua nya
berhikmah, sama jugak dengan puasa 6. Puasa Enam ini memberikan ruang kembali
kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur
untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. cabaran
kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira
semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal,
ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan
dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan...=)
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah
swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari
di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam
golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
**InsyaAllah.,minggu depan start puasa 6, minggu nie hmm..hmm..
mungkin Allah tak izinkan lagi..hehee :p jom la join sekali =) ** abaikan la sekejap
nafsu makan tu T_T
Mohon maaf ada salah silap,
selamat berpuasa!! =)
=UPDATE DIRI, CHECK HATI, IKHLASKAN
NIAT=
~MaYrA hAyFa~
HambaMU datang
mengejar RedhaMU
YA ALLAH