BILA ANAK KURANG DENGAR KATA, APA NAK BUAT?

Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran)
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.

Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi.
Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya.



Nampak tak sesuatu di sini?
Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa.
Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar.
Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya.

Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta.

Sebab Manusia ni ada egonya.

Nak betul sentiasa. Dia betul.
Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing.
Sekarang kita TUKAR.
Pindah ke level perhubungan.
Apa kekuatan perhubungan manusia?
Perasaan, ambil berat, niat baik untuk jauh lagi ke ummah. Generasi penerus.

Cuba begini.
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
Ibu: Skrip baru asertif.
Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak
Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik.
Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak.

"Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang.
Sebab adik BELAJAR dari abang.
Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka)
Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik.
Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik).


Hasil?
Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya.
3 hari lalu di meja makan,

KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, tak minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air sejuk lain air suam).
Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak.

Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram).
Adik KN diam. Dia bernafas dua kali.
Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh.
"Abang Ateh, boleh bagi adik air?"
😱

Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata :
"Boleh. Nah!"


Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau 
Modelkan.
Budayakan =)

Penulisan kasih sayang daripada:
Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Sharing With Love
_FounderByMayra_

0 comments