JADUAL IBU AYAH WAKTU COVID -19

5 TIPS 'STAYING AT HOME PARENT WITH SMALL KIDS' AGAR EMOSI POSITIF DAN 'LESS STRESS'.

Terima kasi semua berjaya duduk rumah dengan gembira! Best kan ibu ayah anak anak dapat bonding time yang sangat lama. Macam-macam aktiviti bole buat =)
.
Untuk saya telah 2 minggu sejak anak cuti sekolah, semua anak duduk di rumah bersama. Bunga-bunga kecil 'unknown reason meltdown' si Yumna toddler telah nampak sejak malam tadi berlarut ke pagi ini.
.
Saya kongsikan 5 tips penting yang boleh saya senaraikan agar anda sebagai IbuAyah kekal positif.


1. Memandangkan kurang aktiviti luar rumah yang makan tenaga, masa, maka tenaga dan masa anak sepenuhnya di dalam rumah. Ia mudah mengundang stres, kepada kanak-kanak sebenarnya, sebab segalanya terhad.
-- maka, UBAH SUSUNATUR PERABOT agar lebih luas, lapang untuk anak lakukan aktiviti fizikal seperti merangkak, berlari pusing, melompat, berbasikal kecil tricycle/kereta kecil dll.
-- beli di shopee alat gayut (door chin bar pasang kat rumah nanti boleh gayut), buaian dan alat panjat, kolam besar agar anak ada aktiviti indoor dan outdoor

2. Tidur juga mudah lewat sebab tenaga banyak reserve, banding hari biasa banyak travel ke sekolah, aktiviti di sekolah, tenàga saling berpindah dengan individu lain (kanak-kanak/orang dewasa), maka anda akan dapati anak kurang letih gitu. Jika tidur biasanya lepas isya kini jadi lepas pukul 10 mungkin.😊
Jadi PENATKAN mereka dengan AKTIVITI 'HOUSE CORES' harian anda. Mana yang boleh mop, mop, kacau bancuhan cekodok, mem vakuum, sidai baju, melipat kain atau hang ke hanger, dll.
Ia PELUANG BAIK sebenarnya, untuk latihan anak dan juga kurangkan bebanan anda. Libatkan mereka, ok.

Dan ia untuk bantu emosi anda clean and clear bila rumah walau sepah sebab anak kreatif, namun bersih dan sedikit kemas. Benar, rumah sepah buatkan emosi, kepala semua serabut, emosi pun meledas aja 😨😡.
Juga penatkan mereka dengan SEKURANG-KURANGNYA 30 minit dua kali sehari sesi pagi dan petang, aktiviti outdoor, untuk anak dapat cahaya matahari. Cahaya ini bantu rembes hormon antistress anak-nak dan mak pak sekali.

3. Jaga makan, makananan seimbang dan baik, meal utama dan selingan serta minuman air kosong/jus yang sesuai. Ajar anak makan apa yang ada, katakan zaman dulu jika darurat tak boleh keluar rumah, makan ubi kayu aja, tanam luar rumah. Kita ada pandafood atau grab food, order makanan sedap,
kan 😁.. Maka syukurlah dan makan lah apa Mama masak untuk semua orang ok...
Banyakkan real food, kurangkan jajan biskut gula semua, buah dan aiskrim homemade as jajan / meal selingan juga.

4. Banyakkan aktiviti free play dan sedikit aktiviti struktur yang anda plan, agar anda tak rasa macam teruk sangat tak bagi anak aktiviti sihat yang sesuai perkembangan dia (selain tonton tv kan).
Maka, jika ada jadual, memang lebih baik.
Jadual masa terbaik ialah berdasarkan 5 waktu solat fardhu, yang diselitkan celahnya aktiviti bersesuaian, seperti sedikit kognitif dan sensori motor pagi, tidur tengahari, free play petang, art n craf petang, dan memasak 1 kali dengan anak-anak.
Sebenarnya aktiviti rutin menjadikan kanak-kanak kurang stres sebab tahu apa boleh di expect seperti di sekolah. Cumanya bukanlah terlalu rigid sebab anda adalah seorang ibu, yang juga perlu lakukan tugas bersih kemas seperti 'pembantu guru', dan memasak seperti 'tukang masak sekolah kantin', kan, selain jadi 'Prime Teacher' 😉.


5. Gunakan peluang ini untuk solat jemaah keluarga, jika dapat, untuk dekat dengan spiritual, dan selitkan agenda spiritual, keyakinan kepada Tuhan dan tanggungjawab dalam diri sebagai khalifah, pelihara alam dari mudarat.

Sharing With Love
_FounderByMayra_

Penulisan kasih sayang daripada:
Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan
Jika anda belum tahu, elemen spiritual adalah penstabil manusia. Manusia yang lebih tinggi spiritualnya, lebih tenang dan stabil 😊😊😊.

1 comments