Inspirasi ke "Sana"

' Inspirasi ' ke sana.


Jantung bagai direntap bila membaca kisah seorang pemuda yang dipersiapkan untuk ummah. Allah! Kini dosaku tak terhitung lagi. 

Kehidupannya dan masanya diisi dengan bekalan untuk ke 'sana' . Kini aku ingin meminjam semangat kehidupan beliau untuk mempersiapkan diri untuk ummah. 

Kadang kekuatan aku diperlekehkan, tidak diendah. Tapi itu semua pada pandangan manusia. Kenapa susah untuk aku yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk aku? Itu lah yang dikatakan kita percaya tapi tak yakin. Allah! hati penuh titik hitam =(

Walaupun tidak dilahirkan daripada keluarga yang sedemikian, tidak salah untuk kita tajdid niat. Persiapkan diri kita untuk agama, ummah. Doa supaya Allah melembutkan hati keluarga kita untuk menerima dan memudahkan urusan kita untuk ummah. Allah ada. Sentiasa mendengar doa hambaNYA. 

Kalau kamu berjalan dengan betul, Allah akan jadikan jalan kamu itu bersama-sama jalan para sahabat nabi . Kata-kata inspirasi buat diri. Allah dah menjanjikan ganjaran yang hebat buat hambaNYA. Pilihan kita? Fikirkan =)

Hanya orang cerdik yang sentiasa mengingati mati. Alquran dan Tahajjud dijadikan santapan harian. Moga Allah kuatkan semangat dan beri kekuantan untuk terus istiqamah 😊

************************
    ~ NotaKakiUntukAkuDanKamu ~

"Aku juga sentiasa berdoa agar Allah telah mempersiapkan ' bakal pasanganku' untuk ummah. Membimbing serta saling melengkapi terutama untuk agama. Kasih sayang kita kerana Allah " menerima seadanya. Bukan sebab harta dan rupa. Sebenarnya, kesibukan itu menjadikan kita lebih 'dekat'. #Inddedly =)

**************************
Mengharap sesuatu yang baik haruslah kita yang memulakan dahulu. Perjuangan tak mudah dengan tidak memulakan langkah pertama . memahami konsep menjadikan perjuangan kita lebih mudah, InshaAllah  ^_^

#20062015 #InspirasiKeSana 

 ~Mayra HAyfa ~
   Inspirasi DIA,
   Sebelum Dia
          ☺️

0 comments