~BeRseMi SeBUaH kAsIh IlAhI~



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

 Assalamualaikum.. =)

“Kasihku hanya untukMU”
 Penciptaku..Hanya padaMU kuserahkan segalanya..

Fitrah kejadian manusia yang mungkin sentiasa berbagi kasih,melengkapkan sebuah kehidupan. Pada realiti mungkin nampak sukar, dengan menjalani kehidupan berkasih sentiasa menyempurnakan segalanya =)

Kita mungkin banyak terlepas pandang, siapa yang paling banyak ‘memberi’ kepada kita?.

Kita lebih banyak menerima, sebab itu kurangnya syukur kita kepada “ Maha Memberi yang Kekal” . Sesekali diuji dengan melebihkan kasih manusia daripada Pencipta sendiri, merasakan diri sangat hina apabila dikaburi dengan keseronokan dunia.

Allah Maha Memberi..apa yang kita minta Allah tidak tunaikan? Allah kurniakan kesihatan yang baik, Allah bagi nikmat dalam kehidupan seharian. Allah hadirkan rasa bahagia bersama keluarga,sahabat-sahabat,orang terdekat kita. Lain pula dengan Allah hadirkan (memberi) ujian. Usah dipersoal kenapa permintaan (Doa) kita Allah tidak makbulkan. Allah nak uji tahap keimanan kita, sejauh mana kita boleh bersabar =)

Cinta kepada Allah itulah cinta yang utama. Jagalah cinta pada-Nya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.
(HR : At-Tirmidzi)


Cintailah Allah sebelum kita belajar untuk mencintai hamba Allah.
Dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana Dia dihati kita?
Sering kita terlupa Allah tika kita senang dan bergembira. Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa. Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta. Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.


~MayRa hAyFa~
    Kasih Allah
    membawa
     ke Syurga

0 comments