~Hidup Bahagia Dengan Poligami~
ASSALAMUAILAIKUM...:)
Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian
keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada
keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat
turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Sehingga saat ini, poligami
merupakan isu fikah yang kontroversi dan tidak kurang pula yang menentangnya.
Sistem perkahwinan yang membolehkan lelaki bernikah melebihi satu pasangan ini
pernah dipraktikkan Rasulullah pada zamannya.
Al-Quran, surah al-Nisak ayat 3, dianggap memberikan
legitimasi bagi mengamalkan poligami. Selain bukti daripada wahyu Allah,
analisis penulis turut memberikan alasan logik lain bagi membolehkan poligami.
Namun, selapang mana hati menerima kenyataan amalan poligami, adakalanya ia
tidak dapat memenangi semua pihak.
Buku yang disusun dengan kemas dan mudah dibaca ini bakal
mengubah persepsi dan pandangan pembaca terhadap poligami serta membimbing
pengamalnya ke arah kebaikan. Penulis juga mengupas beberapa isu berkaitan dan
menyertakan panduan bagi mengamalkan poligami secara harmonis dan bahagia.
Dr. Basri bin Ibrahim adalah pensyarah di Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia. Beliau juga adalah seorang
pengamal poligami.
Untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang isu poligami boleh la beli buku nie....^)^
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
POLIGAMI???Pernah ditanya tentng isu nie..mula2 rase ble jugak..sebab macam xsampai masa je lagi nak fikir fasal nie...haha.. Walaupun
baru baca sikit novel Fatimah Syahra Sebarkan Cinta-MU..Terdetik untuk post
tentang poligami..Banyak persoalan yang sering menjadi tanda tanya...^_^
Kalau ditanya siapa yang rela berpoligami..Tentulah kebanyakan
jawapan 'tidak mungkin'..Kebanyakan wanita akan mengatakan mereka lebih rela
menerima takdir bercerai daripada takdir berpoligami..! Sejauh mana pun mereka
tidak rela manerima takdir berpoligami tapi mereka tidak boleh lari daripada
Qada’ dan Qadar Allah.. Saya sangat respect pada wanita-wanita yang sanggup
menerima takdir berpoligami...:) <3
..Saya sendiri berharap supaya saya
tabah dan cekal dalam menjalani hari-hari mendatang walaupun pahit harus
ditelan..Ujian yang Allah datangkan adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA...Supaya tidak lupa kepada
PenciptaNYA..Setiap masalah pasti ada jalan keluar..Marilah kita memohon
petunjuk daripadaNYA..
Lelaki dan Poligami...biasanya satu isu yang memang sensitif
dan tidak habis-habis di perkatakan oleh semua orang kan. Kalau dengar je
poligami, mesti orang perempuan dah nak marah bila suami mereka nak
berpoligami. Betul kan? sebelum nak ulas lebih lanjut..saya nak bagi tau,
penulisan ni merupakan pandangan saya sebagai seorang wanita terhadap lelaki
dan poligami. Hanya ingin berkongsi sahaja...segala khilaf harap maaf~ :)
Sebelum tu..kita lihat dulu hukum berpoligami. Poligami
diharuskan dalam Islam berdasarkan ayat Al-Quran (Surah Nisa': 3) maksudnya :
" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap
perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain )
: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (
di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja,
atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman
"
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 179
Kalau mengikut sunnah, Rasulullah s.a.w juga berkahwin lebih
daripada seorang. Antara sebab atau hikmah Allah s.w.t mengharuskan poligami
ialah :
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa
sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah
suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Oleh itu, kaum wanita jangan cepat marah dan melenting bila
sebut tentang poligami kerana poligami ini diharuskan dalam Islam dan perkara
yang harus, kita tidak boleh menjadikannya haram. Pada masa kini, di Malaysia
terutamanya..saya dapati ramai lelaki yang berpoligami tidak dapat menunaikan
tanggungjawab mereka dengan baik seperti mana yang sepatutnya, secara langsung
mereka turut menganiayai wanita yang mereka kahwini. Oleh sebab itu, ramai
wanita yang bila dengar sahaja perkataan poligami, dah mula melenting dan tidak
suka. Semua ini disebabkan kesan dan pengaruh persekitaran di Malaysia yang
mana mereka yang mengamalkan poligami tidak menjalankannya mengikut aturan
Islam. Seolah-olah poligami itu hanya untuk kepentingan lelaki sahaja dan
perempuan pula menjadi tempat untuk memuaskan hawa nafsu.
Berbalik kepada antara sebab-sebab Islam mengharuskan
poligami, kita dapat lihat ada konsep yang baik disitu. Kemungkinan seseorang
suami mempunyai nafsu yang luar dari kebiasaan dan untuk mengelakkan terjebak
dalam maksiat, maka sebab itu Islam mengharuskan poligami. Supaya keturunan
dapat dijaga. Begitu juga dapat melindungi kaum wanita iaitu janda. Poligami
itu sebenarnya bukanlah suatu yang perlu kita tolak terus, kerana kita perlu
ingat Islam tidak mengharamkannya. Kita akan berdosa bila kita terlalu benci
kepada poligami..setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmah disebaliknya.
Akan tetapi, yang menyedihkan apabila seseorang suami
memberikan alasan untuk berpoligami ialah untuk mengikut Sunnah Nabi. Ya, saya
akui. Nabi berkahwin lebih dari satu. Tapi, yang saya agak kurang berpuas hati
ialah "mengapa hanya mengikut sunnah nabi dengan hanya berpoligami je? kan
sunnah nabi itu luas..takkan hanya tau berkahwin lebih dari seorang je?"
Bila nak kahwin lebih dari satu, baru cakap nak ikut sunnah nabi..habis tu,
sunnah-sunnah yang lain ada amalkan ke? Seolah-olah mahu berselindung di
sebalik perkataan "sunnah". Fikirkan..
Kemudian, persoalan saya seterusnya ialah...jika
seseorang yang ingin mengamalkan poligami tadi mengatakan ingin mengikuti
sunnah nabi. Ia nya bagus lah, sebab kalau kita lakukan sunnah nabi, kita akan
dapat pahala. Tetapi...kalau kita lihat kepada sejarah, isteri-isteri Nabi
kebanyakannya ialah golongan janda. Yang saya tau, Aisyah sahaja yang masih
anak dara. Oleh itu, kalau kita nak lihat pada masa kini di Malaysia,
"berapa ramai yang sanggup mengambil janda untuk menjadi isteri?"
jika benar nak ikut sunnah nabi iaitu dengan niat untuk melindungi dan menjaga
kebajikannya serta anak-anaknya. Tapi, ramai pula yang mengamalkan poligami
beristerikan anak dara. Saya tak cakap salah, tapi jika betul nak mengikut
sunnah Nabi, kahwinlah dengan janda. Masih ramai janda di Malaysia yang tidak terbela nasib mereka dan anak-anak
mereka. Berpoligami kerana sunnah atau kerana nafsu? Fikirkan..
Aturan Islam itu cukup cantik dan indah jika diamalkan.
Tetapi, perbuatan umat Islam itu sendiri menyebabkan ia menjadi tidak cantik
dan indah. Tapi, kaum lelaki perlu ingat..berpoligami bukan mudah..hal ini
disebabkan, anda memikul kesemua dosa isteri-isteri anda. Kalau ada 4, 4 kepala
la..tu belum masuk dosa anak-anak anda lagi dan juga dosa anda sendiri. Jika
benar anda memahami konsep poligami, mungkin anda akan berfikir berkali-kali
untuk berpoligami. Amat sedih apabila ada yang berpoligami dengan sebab nafsu
semata-mata dan tidak faham konsep sebenar poligami serta tidak tahu
tanggungjawab apabila berpoligami. Jika dilihat dari sudut nafsu semata-mata,
mungkin nikmat tapi, jika dilihat dari sudut tanggungjawab, teramatlah berat.
Oleh sebab itu, baca dan fahamilah ayat Al-Quran tadi..jika tidak mampu,
cukuplah seorang sahaja untuk dijadikan teman sepanjang perjalanan untuk menuju
syurgaNya..dan juga untuk menggapai redha dariNya.
Bila berpoligami pula, para suami perlu adil dari segi
nafkah zahir dan batin kepada semua isteri. Adil di sini bermaksud meletakkan
sesuatu pada tempatnya..dan zalim pula bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada
tempatnya. Sebagai contoh, jika isteri pertama memiliki 5 orang anak dan isteri
kedua tiada anak. Suami kena bagi nafkah yang lebih kepada isteri pertama
kerana banyak tanggungannya berbanding isteri yang pertama. Bukan adil yang
bermaksud kena beri sama rata. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w sendiri juga tidak
mampu untuk adil terhadap kasih sayang nya..Rasulullah lebih menyayangi
Saidatina Khadijah walaupun beliau sudah meninggal dunia dan baginda sudah
berkahwin lain. Hal ini disebabkan kasih sayang sesuatu yang abstrak dan sukar
untuk dibahagi secara adil..bukan saya mereka-reka cerita ye. Dan kesan apabila
seseorang suami tidak adil : di dunia - akan menganiayai isteri. di akhirat -
akan di bangkitkan dalam keadaan senget sebelah. Wallahu'alam.
Pada pendapat saya, seseorang lelaki yang ingin meneruskan
niat berpoligami perlu mempersiapakan diri dengan kekuatan mental serta
fizikal. Yang paling utama ialah ILMU AGAMA. Ya, ilmu agama..mungkin mereka
perlu baca buku-buku yang berkaitan poligami dalam Islam dan meminta pendapat
ustaz-ustaz yang bertauliah.Jangan membuat tuli tanpa ilmu di dada. Selangkah
anda masuk ke alam poligami, maka tanggungjawab anda akan bertambah. Dah siap
ke untuk membimbing 2, 3, atau 4 orang isteri menuju jalan Allah s.w.t.
Kadang-kadang..1 pon tak mampu lagi kan. Ditambah pula dengan anak-anak..dah
siap ke nak jadi seorang bapa yang adil kepada anak-anak dan mampu menjadi
seorang guru kepada anak-anak sendiri? Fikirkan lah wahai kaum lelaki. Letakkan
akal di hadapan setiap kali nak buat keputusan..dan bukannya nafsu di hadapan
berbanding akal.
Satu cerita nie menceritakan tentang Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra..dengan cerita nie harap kita dapat berfikir sejenak...
Takhrij hadith:
إِنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي
طَالِبٍ خَطَبَ ابْنَةَ أَبِي
جَهْلٍ عَلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا
السَّلَام فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ عَلَى
مِنْبَرِهِ هَذَا وَأَنَا يَوْمَئِذٍ
مُحْتَلِمٌ فَقَالَ إِنَّ فَاطِمَةَ
مِنِّي وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ
تُفْتَنَ فِي دِينِهَا ثُمَّ
ذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ
بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ فَأَثْنَى
عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ
قَالَ حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي وَإِنِّي
لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا
وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا
Terj:
"Sesungguhnya 'Ali bin Abu Thalib pernah meminang anak
perempuan Abu Jahal (untuk dijadikan istri) disamping Fathimah 'alaihi salam,
lalu kudengar Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam memberikan khuthbah kepada
manusia tentang masalah itu di atas mimbar ini sedang aku saat itu sudah
baligh, Beliau bersabda: "Sesungguhnya Fathimah adalah bagian dariku dan
aku sangat khawatir dia terfitnah dalam agamanya". Kemudian Beliau
menyebutkan kerabat Beliau dari Bani 'Abdu Syamsi seraya menyanjungnya dalam
hubungan kekerabatannya yang baik kepada Beliau. Beliau melanjutkan: "Dia
berbicara kepadaku lalu membenarkan aku serta berjanji kepadaku dan dia
menunaikan janjinya kepadaku. Sungguh aku bukanlah orang yang mengharamkan
suatu yang halal dan bukan pula menghalalkan apa yang haram akan tetapi, demi
Allah, tidak akan bersatu putri Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam dengan
putri musuh Allah selamanya" (HR Bukhari, kitab al-Khumus,no. 2879, kod
lidwa)
Kefahaman Maqlubah (terpesong) dari hadith ini:
1. Kita sebagai mertua boleh menghalang menantu kita dari
memadukan anak perempuan kita berdasarkan hadith ini.
2. hadith ni menjadi dalil, poligami semakin diperketat oleh
RasuluLlah saw, bermula dengan poligami tanpa batas, kemudian dihadkan kepada
4, kemudian dengan hadith melarang Ali berpoligami, maka hukum penyudah bagi
poligami ialah tidak lagi dibolehkan
3. Poligami kini bergantung kepada kesediaan dan kerelaan
isteri pertama sahaja.
4. Kumpulan JIL (liberal) dan pendokong syaikh Muhammad
Abduh menjadikan hadith ini sebagai hujah Nabi saw tidak sukakan poligami.
Cerita sebenar hadith ini:
1. Ia berlaku selepas Fathul Makkah, ketika Nabi saw sudah
membuka semula kota Makkah. maka oleh kerana Abu Jahal telah mati ketika perang
Badar, maka Ali merasa terpanggil utk menjadikan putri Abu Jahal sebagai isteri
keduanya. ini kerana Abu Jahal adalah dari bangsa Quraish juga.
2. Pilihan Ali menunjukkan Ali sebenarnya bebas untuk
berpoligami, cuma pilihannya tidak menepati apa yang Nabi saw kehendaki, yaitu
Ali telah memilih calon musuh ketat Nabi saw, yakni Abu Jahal.
3. Larangan menantu dari berpoligami cuma khusus bagi Nabi
saw sahaja, ini kerana Ali adalah dari ahlil bait., bukan sekadar menantu.
4. Dr Basri Ibrahim ketika mengulas hadith ini, larangan Ali
memadukan Fatimah kerana tiga sebab:
a. Kerana pilihan Ali adalah putri kepada Abu Jahal, musuh
utama Nabi saw
b. Fatimah adalah tempat Nabi bermanja kerana baginda
kematian isteri kesayangannya Khadijah, dan beberapa anak perempuan baginda
juga turut wafat. Maka status Fatimah adalah amat penting dalam kehidupan
baginda.
c. baginda tidak mahu Fatimah dimadukan adalah special case.
(Dr Basri Ibrahim, Hidup Bahagia dengan Poligami, PTS, 2008)
Rumusan:
1. Hadith larangan poligami ke atas Ali mempunyai rahsia
tersendiri kerana kedudukan Fatimah dalam kehidupan baginda dan kedudukan Ali
sebagai menantu dan ahlil baitnya
2. Pemilihan Ali tidak tepat, menyebabkan kemarahan
RasuluLlah saw
3. Larangan ke atas pilihan Ali bukanlah dalil untuk
menyatakan poligami cuba disekat oleh baginda. Ini cuma kes khusus dan terpencil
khusus buat Nabi dan ahlil bayt
4. hukum poligami tidak terjejas dengan kes Ali dan Fatimah,
bahkan kaum salaf mengamalkan poligami dan menyimpan hamba abdi perempuan
dengan bebas.
5. Nabi saw sendiri memiliki 9 isteri menunjukkan sunnah
amalan baginda lebih kuat dari sebuah hadith terpencil seperti ini. Abu Bakar
memiliki jumlah 6 isteri, Umar al-Khattab memiliki 9 orang isteri, Uthman
al-Affan, 7 isteri, manakala selepas kewafatan Fatimah, Ali menikahi 9
perempuan. (Tarikh Tabari, 1:3472)
Sekadar perkongsian untuk semua..kalau tersilap kata, harap
dimaafi.. :)
والسلام
~Mayra Hayfa~
-Sekadar Pendapat & Perkongsian Bersama-
^_^
0 comments