5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK & BAYI YANG IBU BAPA PERLU TAHU

Hai assalamualaikum, hari ni Mira nak share sikit tentang penjagaan anak-anak yang perlu #ibubapa tahu


Berikut adalah tips penjagaan kesihatan kanak-kanak dan bayi yang perlu dipraktikkan oleh setiap ibu bapa.

1. RAMBUT

Kebiasaannya bayi yang beragama Islam dicukur rambutnya selepas beberapa hari kelahirannya.

Ini dipercayai bertujuan untuk menjadikan rambut lebih lebat dan cantik apabila tumbuh semula kelak.

Rambut anak-anak yang kerinting adalah sukar diurus dan memerlukan penjagaan rapi. Gunakan syampu khas untuk rambut kerinting.

Rambut kerinting juga memerlukan sikat yang sesuai agar mudah diurus. Kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah rambut anak yang berkutu, pastikan penggunaan ubat kutu dan syampu kutu tidak diabaikan.





2. MATA

Bagi Mira penjagaan mata sangat penting untuk mengelakkan anak-anak daripada rabun.

Anak-anak yang ada masalah penglihatan akan mengganggu pembelajaran mereka. Pastikan anak-anak tidak membaca atau menonton televisyen dalam keadaan gelap.

Kita harus memastikan anak-anak supaya mereka tidak menonton televisyen terlalu dekat.

Bagi mira pula pemakanan yang boleh diamalkan untuk membantu kesihatan mata adalah seperti lobak merah dan bayam.



3. GIGI

Gigi yang cantik datangnya daripada gigi yang sihat. Mira nasihatkan untuk kita melatih anak-anak menggosok gigi sejak awal tumbuh gigi.

Gunakan berus gigi yang bersesuaian dengan umur. Ganti berus gigi setiap 6 bulan.

Ibu Bapa digalakkan untuk membiasakan anak-anak dengan doktor pergigian sejak kecil agar perasaan takut mereka dapat ditangkis. Bawa anak-anak untuk pemeriksaan karies gigi dan gusi secara berkala.

Bagi Mira, kita mesti larang atau hadkan makanan yang boleh merosakkan gigi anak-anak.



4. Kuku

Kuku merupakan salah satu anggota yang terbuka. Kuku yang panjang dan kotor menggambarkan tahap kebersihan seseorang.

Oleh yang demikian, Mira akan sentiasa pastikan kuku anak-anak sentiasa bersih dan pendek. Untuk bayi, cuba usahakan untuk memotong kuku bayi setiap 3 hari kerana kuku bayi cepat panjang dan tajam.

Dalam Islam, disunatkan untuk memotong kuku pada hari Jumaat.



5. Kulit

Bayi dan kanak-kanak mempunyai kulit yang cantik dan gebu pada asalnya. Namun, jika penjagaan kulit tidak diterapkan, kulit akan rosak terutamanya untuk kulit yang sensitif.

Ketahui dan fahami jenis kulit anak-anak kita. Kerapkan penggunaan losyen untuk melembabkan kulit.

Jika terdapat ruam, pastikan diubati dengan segera supaya tidak merebak dan sukar untuk dipulihkan kemudian.

Sinaran mentari pada waktu pagi yang mengandungi vitamin D juga baik untuk kulit bukan sahaja anak-anak malah kepada orang dewasa juga.


Mira harap tips ini berguna untuk semua ibu bapa di luar sana ;)

P/S : Penulisan kasih sayang daripada: CC : Dhia Kamila

Sharing With Love
_FounderByMayra_







pakai sarung tangan bayi






0 comments