'Afi Circumcision

Pengalaman pertama yang takkan ibu lupa 😍
Ni coretan untuk 'afi bila dah besar nanti..
Masa 'afi dlm perut lagi ibu dah ada niat kalau dapat anak lelaki ibu nak sunatkan awal, waktu baby lagi..
Alhamdulillah Allah permudahkan dan tabahkan hati ibu untuk teruskan niat yang terpendam😆 

Niat pertama ibu mestilah nak ikut sunnah.
Terdetik niat nak sunatkan baby time kecil ni lepas ibu baca buku inspirasi ibu  'Ammar' .
Buku seorang pemuda yang mati syahid di bumi turki. (siapa nak tahu cerita apa yg ada dalam buku Ammar ni boleh baca, kalau xde mehh pinjam dengan ibu 'afi hihii )





Seminggu sebelum ibu dah search macam2 sebelum sunatkan 'afi..kelebihan, cara penjagaan, dan risiko bersunat awal ni. Biasalahh ibu nak siapkan mental & emosi haha
Time ni 'afi dh 5bulan, kira dh lewat jugak laa sbb afi dh mula aktif, tp ibu tak risau sangat sbb 'afi tak pandai berguling@meniarap sendiri lagi hihi





Otw pergi klinik. Senyum kemain 😆


18/08/2018 @ 6pm sabtu
Sampai klinik, siap2 register nama 'afi kat kaunter. Senyum kemain yee...dia tak tahu nasib dia jap lagi😆
Hari pertama 'afi bersunat. Sejujurnya ibu palpitation sangat! Macam2 ibu fikir, kesian kat 'afi sakit haha😂 Tapi ibu kuatkan semangat la, lagi2 tengok ayah cool je 😂

Bermulalah drama air mata..
'Afi start menangis time doc bius kat bird2 dia.
Lepastu xberhenti menangis sebab time dia menangis takde org nak angkat dia😂 (biasa dia nangis terus ada org angkt)
Dalam 20minit siap prosedur, dan doktor ada bekalkan ubat tahan sakit & antibiotik.Dr siap pesan ibunya tak perlu berpantang, makan je macam biasa (sbb afi still menyusu lg,tu ibu tanya dr kot kena pantang makan)

Doktor steady je, guna cara manual. bius, gunting dan jahit! Even ibu nurse, ibu seriau jugak tengok sebab anak ibu sendiri yang kena. Kalau assist pesakit lain takpe, emosi ibu kental haha

(Takde ambil gambar time prosedur, sebab busy nak pujuk baby ibu hihi)







masa ni 'afi baru keluar bilik doktor baru siap sunat =)




Masuk kereta ibu susukan dan 'afi terus tidur (penat menangis kan sayang). 

Malam tu 'afi ada tersedar2 dan merengek..mungkin rasa sakit time kencing. Ibu bg ubat tahan sakit, susukan dan 'afi tidur semula..Ibu banyak pujuk 'afi dengan susu je😂




Hari kedua @ 19/8/18 @ Ahad

Pagi tu dalam pukul 9 'afi bangun sambil senyum2.
 Ibu rasa lega sangat sebab 'afi dah tak nampak macam orang sakit. 
Siap hentak2 kaki lagi, ibu pulak yang risau 😆



Pagi tu dah boleh mandi macam biasa, 'afi dah tak menangis siap senyum2 lagi dapat mandi.
Bab mandikan 'afi ibu serahkan kat ayah, sebab ibu seriau lagi haha😂(ayah macam biasa cool je hihi) 

Malam tu 'afi tidur masih tersedar2..dalam pukul 2 macam tu 'afi nangis macam tak selesa, tapi tak nampak macam sakit pun. Ngingau kot😂. Tapi ibu bagi la sikit ubat tahan sakit nak bagi baby ibu tidur lena hihi




Lepas mandi!
tengoklahh aktif 'afi tu macam mana. 
Gelongsor turun dengan stokin nya tercabut haha


Hari KeTiga @ 20/8/18 @ Isnin

'Afi bangun tidur dengan muka ceria. Lagilah ibu happy😊 macam biasa ayah mandikan 'afi lagi. 
Hari ni nampak 'afi lebih aktif. Bukan main hentak2 kaki. Mintak orang angkat suruh dirikan dia. 



Ibu tau mesti 'afi rindu nak naik walker kan😂.
Ibu lagi la tak sabar nak tunggu bird2 'afi kering dan jahitan baik sepenuhnya.






Hari ke Empat @ 21/8/18




Macam biasa, bangun tidue senyum2. main dengan gajah dia =)
Ibu dah start pakaikan 'afi seluar! Sebab raya kan nak keluar jalan2 hihi

skipp......




Ibu perasan benang afi dah start tercabut pada hari ke 7. Bird2 'afi dah mula kering,
Tapi ibu still jaga2 lagi tak bagi 'afi lasak sangat hihi. No walker lagi time ni.





                                                                     Hari ke 9.
 Amboi 'afi dah beraya sampai rembau 😝
                                                             Alhamdulillah.


.............................................................




Time ni ibu dah confident sikit.
 Ibu bagi 'afi naik walker dah.
Senyum lebar kan haha




Time ni ibu tengok je 'afi tidur. Cepatnyaa sayang ibu ni membesar.
( kalau 'afi nak tau ayah 'afi kuat tidur macam 'afi la. tengoklah tu kalau 'afi tidur ayah mesti ambik kesempatan jugak haha)



Ibu doakan 'afi menjadi anak yang soleh, berguna untuk agama & ummah. 
❤💗



Ibu sangat take note pasal ni!



Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah permudahkan semuanya.
Doakan 'afi ye semua.
Anak ibu dah nampak matang sikit tu😆 haha
Bye2 daripada ayah, ibu dan afi 💗👪



0 comments