~SekaDaRnyA~
Sebenarnya,
aku tidak tahu apa yang bermain
difikirannya,
Aku hanya
mahu bersangka baik dengan semua orang,
Walaupun
hatiku sakit, aku akan terus untuk bersangka baik,
Mungkin
suatu hari kita dengan keputusan kita,
Allah itu
Maha Kaya,
Janji-janji
yang pernah diungkapkan, akan dimakan masa,
Hati kita
akan berbolak-balik,
Pasti suatu
hari janji bersama dahulu akan berguguran,
Diiringi
titis-titis jernih dikelopakmu,
Berjanjilah
setinggi gunung Everast,
Jika Allah
tidak mengizinkan, pasti tidak akan terjadi..
Aku tidak
minta harta beribu-ribu,
Aku tidak
pandang kemewahan dunia yang kamu miliki,
Aku hanya
mahu elok Agamamu,
yang penuh
iman didada,
Agama yang
ada padamu,
Bakal
menjadi penolong jalanku untuk ke syurga,
Tidak akan
kunilai pada rupamu,
Kerana aku
tahu rupa itu tak akan pernah kekal.
Aku mahu
seorang yang memahami,
Yang boleh
menerima kekurangan diriku,
Kerana aku
tidak akan pernah sempurna,
Allah telah
mengatur sebaiknya,
Aku terima
segala ujian yang diberikan,
Kerana Allah
itu Maha Adil,
Dia tidak
akan beri ujian padaku,
Melebihi
batasanku...
Ujian buatku
tanda Allah menyanyangiku..
Aku
pasrah...
Apa yang
telah tertulis di Luh Mahfuz,
Qada’ dan
Qadar yang Allah telah Tetapkan,
Allah telah
menyediakan yang terbaik buat aku,
Aku perlu
bersabar kerana masanya pasti hadir.
Cinta kerana
Allah akan kekal,
Cinta kerana
nafsu dan manusia semata,
Hanyalah
mainan dunia sementara.
Pilihlah
yang kekal atau sementara,
Pasti dengan
janji-janji Allah,
Doamu pasti
akan diperkenankan,
InsyaAllah..
~MaYrA
hAYfA~
*my own writing*
#deeply
#heart
Apa yang telah ditetapkan oleh Allah,
Aku redha,terima setiap ketentuan dariNYA..
Allah sebaik-baik penunjuk jalan =)
0 comments