Bersangka Baik dengan ALLAH =)
Assalamualaikum >_<
Take 5!
Take 5!
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih
dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya
sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya
dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
“Ingat tak peristiwa
hijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar dari Makkah ke Madinah.
Ketika itu, mereka dikejar oleh kafir Makkah. Kemudian mereka berdua
menyembunyikan diri ke dalam gua. Saat itu keadaan sangat menakutkan. Bila-bila
masa saja mereka akan dijumpai. Abu bakar sangat bimbang masa itu. Namun
Rasulullah SAW berjaya menenangkan hati sahabatnya. Beliau membacakan surah
ke-9 ayat 40 yang bermaksud “Jangan bersedih, Allah bersama kita”. Ketika itu
juga, Abu Bakar kembali tenang dan berfikiran positif dan bersangka baik dengan
takdir Allah SWT.”
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)
*Mengambil iktibar dari kisah-kisah dahulu...Sesungguhnya
Nabi Muhammad itu sebaik-baik ikutan
InsyaAllah..akan sentiasa cuba untuk bersangka baik..Sayang
kamu sahabat kerana Allah..Semoga perkenalan kita tidak sia-sia dan membawa
kita terus menuju ke syurga kelak InsyaAllah =)
~MaYrA hAyFa~
Sayang kerana Allah,
Allah akan menghantar
kepada kita
orang yang sayangnya
lebih kepada Allah jua
4 comments