PeRcAyA Vs yAkIn
Alhamdulillah..Allah memilih dan mengerakkan hati saya untuk
pergi ke majlis ilmu..
Lame dah kot tak berpeluang pergi majlis ilmu..bersyukur
sangat2..
Sebab tu kita tak boleh hidup dalam dunia sendiri..asyik
bagi reason..sibuk la..banyak kelas la..penat la..! .kita kene ingat..Allah tu
tak pernah merasa penat..bagikita macam2..tapi kita tak bersyukur kan.. .asyik
sibuk dengan keduniaan,,alpa dan leka dengan akhirat kelak..semoga kita
dijauhkan dengan sifat itu..Amin.. ~peringatan buat diri juga~
Sedikit yang saya nak kongsi dan saya tertarik dengan isu
nye..hehe..percaya dan yakin..apa
yang sebenarnya kita faham?? Ok..kalau bagi dalam situasi faham sikit kan..hee..
Kita seringkali cakap yang kita percaya dengan sesuatu tu..tapi adakah kita
yakin?? Sebagai contoh..kalau kita percaya.. kalau kita istiqamah dalam solat.,baca
al-quran.,puasa sunat kita dapat pahala..kita percaya tu kan..?? tapi adakah
kita yakin??adakah kita buat semua tu.? Disebabkan kita hanya percaya tapi tak
yakin kita tak lakukan semua tu kan..
Ok la..dalam situasi nie jugak..nampak sangat kita
percaya..tapi kita langsung tak yakin..heehe.. "Apakah
tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya,
kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya
dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas
diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain
hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah
patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai
sasarannya!
Semua yang hadir bertepuk tangan
dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun
bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang
cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya,
kami percaya." Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang
telah disediakan.
"Baik, sekarang tuan-tuan
semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan
lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?"
Semua orang menjawab,
"Mahu!"
"Jika begitu, saya akan
meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal
berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera.
Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"
Senyap. Tiada sesiapa menjawab.
"Tuan-tuan telah melihat
kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak
dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah
mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang
sudi?" tanya penembak itu lagi.
Para penonton tersengih-sengih,
tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu
dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudahnya.
Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan,
padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan
kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.
~notanotasuarahati~
Apakah perbezaan antara percaya dengan yakin? Cuba kita sama-sama
fikirkan dan kaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Sang Pencipta.
Adakah kita hanya percaya tetapi tidak yakin, ataukah kita percaya dan yakin? Jom
kita selidik dimana diri kita sekarang...:) ..
Ramai orang apabila ditanya adakah mereka percaya Allah itu wujud,
mereka akn berkata mereka percaya..tetapi adakah mereka betul2 yakin bahawa
Allah itu wujud? jawapannya lihatlah pada amal perbuatan mereka..jika mereka
yakin Allah itu wujud, mereka tidak akn melakukan apa yg telah dilarang oleh
Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat..
Sekadar perkongsian..Maaf dan teguran dipinta kalau tersalah
cakap ke kan..hehe..Semoga bermanfaat dan menyedarkan kita...sebab hidup kita
tak panjang..Allah boleh ambik nyawa kita bila2 je..kalau kita tak ada
kesedaran dari awal..amat rugilah kita ..nauzubillahminzalik...
~MayRa HaYfA~
****Hidup berlandaskan hukum Allah..
Kepercayaan dan
keyakinan sentiasa disisi
InsyaAllah..ketenangan
menanti J ****
2 comments