~WanItA MeNyEBAbKaAN LelAKi meNjADI LaLai~
ASSALAMUALAIKUM...
Lame
kot tak update blog...rindu~~~ J
buzy
skit dengan praktikal n exam...:)
Hurmm...Terfikir
dan tertanya-tanya..setuju ke dengan isu yang diperkatakan ‘wanita yang
menyebabkan lelaki menjadi lalai’..?? pada pendapat saya la kan...semua nie
bergantung pada diri kita sendiri..sekuat mana dan berapa tebalnya iman dalam
diri kita...Sebab itu dalam Islam kita digalakkan menjaga batas pergaulan..unuk
mengelakkan terjadinya perkara macam nie la..
Agak-agaknya
kenapa ye wanita dikatakan penyebab lelaki menjadi lalai..
Haa...Mari
kita lihat situasi pertama nie..
SITUASI
1 :
Suatu
hari...ada seorang wanita bertanya kepada seorang ustaz dan meminta jalan
penyelesaian yang terbaik untukknya,,,:D
Saya
ada masalah tentang hubungan , saya menyukai seorang lelaki yang bernama
******** , saya mula menyukai dia semenjak dia menjadi imam dalam solat jemaah
disuatu tempat , suara dia membaca ayat2 suci al-quran membuatkan saya jatuh
cinta pada dia .
Dia
juga mengajar al-quran pada saya . Saya simpan perasaan terhadap dia selama 3
bulan dan pada bulan 4 tadi , saya dan dia mula kenal, kami jarang berhubung
sebab dia banyak menghabiskn masa dia di masjid dan surau sebab dia bilal dan
kadangkala dia imam di surau . tetapi setelah saya menyuarakan yang saya
mencintai dia , semenjak haritu dia jarang ke surau dan masjid , banyak
habiskan masa dengn saya ,bile saya fikir balik , YA ALLAH , ape saya dah buat
nie , saya rase bersalah sebab dia dah jarang ke surau kerana banyak habiskn
masa dengn saya berbual kosong , saya bertanya pada dia , ape yg kite buat ni
dah salah , kite dah lalai .
kami
same2 akui , dia mengambil keputusan tinggalkan saya slame 3 bulan dan kemudian
dia kembali semula , saya ingat dia sudah lupakan saya tetapi dia pula semakin
berani suarakan tentang cinta dan sekarag kami pggil "abg syg" ,
dahulu tidak begitu , saya takot sangat ,saya kesiankan dia , dia baik orangnya
. Saya tak nak rumitkan hal nie tapi jika saya dan dia putuskan hubungan nie ,
kami tak kan berhubung lagi , saya tak mahu kehilangan dia sebab saya fikirkan
dia sesuai jadi imam buat saya dan anak2 saya , bagaimana saya nak lakukan ye
??
Hohooo..apa
ye agak2 nya respon yang diberi....:DD
Bismillahirrahmanirrahim.....:)
Memang
sudah jelas bahawa saudari adalah punca kepada ‘kekotoran jiwa’ lelaki itu.
Kerana kehadiran saudari membuka pintu fitnah, iaitu dia semakin lalai dan jauh
daripada Allah. Inilah yang sangat2 dikhuatiri dalam islam, apabila seorang
lelaki terdedah kepada fitnah wanita. Maka pasti, syaitan akan segera
mengheretnya ke dalam maksiat yang lebih besar.
Dari
satu sudut yang lain, si lelaki juga silap kerana membiarkan dirinya hanyut
dalam permainan cinta. Itu menunjukkan jati diri lelaki itu SANGAT LEMAH dan
mudah ditewaskan dengan pukulan-pukulan cinta. Sedangkan godaannya tidak berat,
tetapi hubungan perasaan itu membuatkan dia khayal dan lupa kepada Allah.
Maka,
dalam hal ini kita perlu menyedari bahawa semua orang pernah melakukan dosa dan
kesilapan. Semua orang termasuk ustaz pernah melakukan dosa dan kesilapan. Kita
bukan manusia maksum. Sebaiknya kita segera bertaubat dan berikhtiar agar
setiap dosa itu diampuni. Lalu kita menutup jalan maksiat itu seberapa segera.
Untuk
menutup pintu dosa itu cuma dua. Sama ada bernikah terus. Maka hubungan itu
sudah menjadi halal. Atau berhenti berhubung. Apabila hati sudah saling
mencintai, maka sebaiknya terus berkahwin. Itulah yang terbaik. Jika masih
terdapat halangan. Maka perlu diputuskan hubungan. Dan sepatutnya si lelaki
perlu lebih kuat dalam situasi ini.
Namun,
kerana saudari yang terlebih dahulu mengucapkan SAYANG dan meluahkan perasaan.
Wajar juga saudari yang bertegas untuk memutuskan hubungan. Maksudnya,
berhentilah berutus SMS dan berbual di talian. Kerana itu sebenarnya adalah
dosa2 yang menghampiri zina. Suara wanita yang berbual mesra dengan nada yang
lembut itu adalah dosa2 yang menyebabkan hati lelaki sangat terganggu. Malah ia
mengotori jiwanya dan kesucian hatinya.
Ramai
lelaki yang baik, menjadi rosak kerana tertipu dengan fitnah wanita. Ramai
wanita yang baik, ditipu oleh lelaki yang liar. Namun, semuanya adalah
permainan SYAITAN. Syaitan memang mahu melihat anak adam rosak dan terheret ke
dalam neraka bersamanya. Oleh itu, istighfar dan hati2lah dengan tipudaya
syaitan ini. Kerana yang rugi adalah kita juga...
Maka,
cepat2nya bertaubat. Segera menjaga hati, zikir dan taubat. Segera berpuasa
sunat dan menutup mata dari memandang aurat2 atau menonton filem2 percintaan.
Kerana semua itu menggoda kepada maksiat. Kembalikan jati diri lelaki itu ke
tempatnya. Mintalah dia melazimi masjid dan surau. Agar Allah menyegerakan
kebaikan untuk anda berdua. InsyaAllah....
Saya
sangat setuju dengan respon yang diberi oleh ustaz...Kita tak tahu jodoh kita
dengan siapa...jadi..dengan menjalinkan perhubungan yang tidak halal
itu..menjadikan penantian kita sangat sia-sia dan hanya mendatangkan
dosa...Jodoh itu adalah ketetapan ALLAH S.W.T. Tiada siapa tahu siapakah
jodohnya atau bilakah jodohnya akan datang dalam hidupnya. Sepanjang penantian
ini, isilah kehidupan kita dengan perkara yang bermanfaat...^_^
Pada
pendapat saya juga..tak perlu lah kita tergesa2 dalam meluahkan perasaan dan
terlalu mengikut hawa nafsu...terdapat banyak cara dalam meluahkan perasaan...
Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa- doa selepas solat dan dalam
sujud. ALLAH itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya
wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji- NYA kerana kita
adalah orang yang beriman... Tiada penawar terbaik untuk mengatasi kesedihan
kecuali solat. Kerana ia menjadi doa dan itulah kekuatan dan merupakan jambatan
yang menghubungkan permohonan kita dengan ALLAH S.W.T..:)
Mohon
maaf jika silap bicara dalam coretan kali ini...berharap dengan coretan kali
ini dapat kita perbaiki kelemahan dan bermuhasabah diri...:)..Segala ujian yang
didatangkan kepada kita adalah untuk kita merenung kembali kesilapan-kesilapan
yang kita lakukan...kerana kita manusia tidak pernah lepas dari membuat
kesilapan....Bersangka baiklah terhadap Allah..^_^
Nota
Buat Musimah Yang Teristimewa
^_-_^
Wahai
muslimah, jangan sampai dirimu jadi racun kepada lelaki yang baik....
Jangan
sampai engkau DIPERALATKAN atau DIEKSPLOITASI oleh SYAITAN untuk meruntuhkan
keimanan lelaki.....
Awasi
dirimu, batasi suaramu, lindungi kecantikanmu daripada merobek dan merosakkan
jatidiri lelaki. .....
Sesungguhnya
sebesar-besar fitnah bagi lelaki adalah Wanita. Semoga anda menjadi penenang
dan pendamai kepada suami apabila berkahwin nanti.......
Bukan
menjadi duri dalam daging kepada lelaki sebelum berkahwin.......
p/s
: Kadang kala ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya
sinar.
Rupa-rupanya ALLAH hendak hadiahkan kita pelangi....
Bersangka baiklah pada Allah...Janji
ALLAH itu Pasti..!!!!
~MAYRA
HAYFA~
---
Ujian mengajar kita
erti kehidupan sebenar---
^_^
7 comments